Berguling

Berguling ialah kemahiran paling asas dan asas dalam kelas gimnastik, dan terdapat banyak variasi dalam kemahiran ini. Berguling adalah serupa dengan lambungan (flip) kerana ia merupakan satu pusingan badan yang lengkap, tetapi putaran guling biasanya dibuat di atas tanah, manakala lambungan dibuat di udara dengan pinggul melepasi kepala, tanpa sebarang tangan yang menyentuh tanah. Gaya guling juga membantu dalam memulihkan diri selepas jatuh dengan selamat.[1]

Guling ke hadapan

Seorang kanak-kanak melakukan guling ke hadapan.
Kaedah guling bahu ke hadapan.

Guling ke hadapan adalah salah satu elemen paling asas dalam gimnastik dan salah satu yang terawal dipelajari.[2][1] Guling ke hadapan dimulakan dari kedudukan berdiri lalu membongkok ke bawah dengan meletakkan tangan pada lebar bahu, dan tangan menghadap ke hadapan. Pengguling menyandarkan dagu ke dada dan meletakkan belakang kepala ke lantai. Mereka kemudiannya menolak badan pada lantai dengan kaki mereka dan berputar di atas kepala mereka ke belakang. Pengguling kemudian menekan kaki mereka ke lantai dan mencambuk lengan ke hadapan untuk berdiri.[3]

Seorang kanak-kanak melakukan guling ke hadapan

Guling ke belakang

Guling ke belakang ialah lawan kepada dengan guling ke hadapan. Pengguling bermula dalam posisi berdiri dan membongkok ke posisi mencangkung dengan tangan di hadapan. Mereka kemudian turun dan bersandar sedikit ke belakang sehingga bahagian bawahnya mencecah lantai. Kemudian, mereka meneruskan momentum ini dan berguling pada belakang badan ke bahu mereka. Mereka kemudian perly meletakkan tangan mereka di sebelah bahu mereka dan memasukkan kepala mereka ke arah dagu mereka. Tangan kemudian menolak lantai dengan kuat dan meluruskan tangan dan terus memusingkan badan di atas kepala. Kaki kemudian diletakkan di atas lantai sebelum berdiri.

Guling ke sisi

Gaya guling ke sisi boleh dimulakan dengan berbaring di belakang atau depan dengan badan diluruskan. Pengguling kemudian berguling ke sisi mereka dan melakukan putaran lengkap badan, kekal selari dengan permukaan persembahan.[4] Kaedah guling balak pula ialah gaya gulingan sisi dengan tangan di sebelah pinggang, dan gulingan pensel pula dilakukan dengan tangan dipanjangkan di atas kepala. Guling sisi juga boleh dilakukan apabila seseorang berputar secara berlebihan atau hilang keseimbangan pada arah menegak, hadapan atau sisi.[5]

Guling terjun

Gulingan terjun ialah aksi akrobatik yang bermula dengan gerakan terjunan 22 ke hadapan secara mendatar, dan menghasilkan gulingan ke hadapan. Ia dianggap sebagai gulingan hadapan yang maju kerana memiliki gaya terbang serta pendaratan yang lancar.[6] Selain gimnastik, ia juga digunakan dalam sukan seperti gusti dan parkour untuk mengukuhkan gerakan mendarat dengan betul.[7]

Rujukan

  1. ^ a b Sands, Caine, Borms, Bill, Dennis John, Jan (2003). Scientific Aspects of Women's Gymnastics:Volume 45 of Medicine and sport science, 0254-5020. Karger Publishers. m/s. 27. ISBN 3805574762.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  2. ^ "Take to the floor with Tweddle!". BBC Sport. 2004-07-13. Dicapai pada 2010-11-15.
  3. ^ "Ask a Teacher - Physical Education - Evaluating". BBC Bitesize. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-05-10. Dicapai pada 2010-11-15.
  4. ^ Human Kinetics (2009). The Sports Rules Book. Human Kinetics 1. m/s. 64. ISBN 978-1450408103.
  5. ^ Debby Mitchell, Barbara Davis, Raim Lopez (2009) "Teaching fundamental gymnastics skills", ISBN 0-7360-0124-7, Chapter 1: "Gymnastics Basics: Teaching Safely, Teaching Well", section "Side Rolls"
  6. ^ LeBoeuf & Butler, Maureen & Lawrence (2008). Fit and Active: The West Point Physical Development Program. Human Kinetics 1, 2008. m/s. 36. ISBN 978-0736060745.
  7. ^ Cejudo & Roth, Henry & Jillian (2012). Wrestling For Dummies. John Wiley & Sons. m/s. 384. ISBN 978-1118117972.